Sunday, May 26, 2013

Koko & Coklat


Segelintir orang masih keliru diantara koko dan coklat. Ada juga antara mereka membayangkan bahawa coklat tumbuh pada pokok. Ada juga antara mereka selalu ingat yang koko itu coklat dan coklat itu koko. Ya memang kedua-duanya saling berkait cuma bezanya koko itu sejenis pokok yang mana ia adalah bahan asas dalam membuat coklat. Koko adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama sainstifiknya "Theobroma Cacao" yang membawa maksud makanan dewa (Food of God). Pokoknya menghasilkan buah dan biji buah koko itu digunakan dalam menghasilkan coklat dan juga minuman koko.

Pokok Koko
 


 Buah Koko/ Pod koko


 Biji Koko


daripada gambar diatas anda boleh lihat perbezaan koko dan coklat. Pokok koko berasal daripada Amerika Tengah dan sebahagian Amerika selatan. Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. isi putih juga boleh dimakan dan menghasilkan air. rasa isi putih koko adalah masam-manis rasanya seakan buah durian belanda. 

Koko ditemui oleh kaum Maya dan Aztec di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztec pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.

Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Biji koko biasa digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, sepertiYucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.

Masyarakat Aztec telah mencampurkan biji koko dengan air, cili, tepung jagung dan juga rempah untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat. Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.


Xocolatl


Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. DiMalaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.


Setakat disini dahulu saya kongsikan bersama topik mengenai koko dan coklat, kami berharap tiada lagi kekeliruan berlaku tentang koko dan coklat. kami akan sambung lagi topik berkenaan dengan coklat pada masa akan datang.

JOM LIKE dan share

Kepakaran kami adalah pencetus kegembiraan kepada ramai orang dengan membantu anda menyelesaikan masalah pencarian cenderahati coklat untuk hari istemewa anda.

untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi kami ditalian +012-365 8269 atau lawati facebook kamiwww.facebook.com/tributechocolates 

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Happy New Year 2013 to all out there.. a year has past another year came... we hope all your dreams can be achieve this year... we are from Tribute Chocolate wishing a very prosper new year ahead.. we at Tribute Chocolate providing solution for your chocolate gift for your special day. if you want any assistant for your special day please don't hesitate to call us... may your 2013 will be the best year and to be remember always. Don't Forget our special promotion in 2013...

Salam Tahun Baru 2013 kepada semua. kami di Tribute chocolate mendoakan anda semoga azam tahun ini akan terlaksana bagi anda. Kami di Tribute Chocolate dapat membantu anda dalam meyelesaikan masalah hadiah hantaran atau pun doorgift coklat untuk hari istimewa anda. jika anda memerlukan bantuan kami di Tribute Chocolate sedia membantu anda untuk merealisasikan hari istemewa anda. Jika anda memerlukan bantuan sila hubungi kami. semoga tahun 2013 adalah tahun yang istimewa bagi anda dan akan diingati selamanya. Tidak lupa tunggu tawaran menarik daripada kami di tahun 2013. 

 Like kami di Facebook

Wednesday, January 12, 2011

Paragon Chocolate Upin dan Ipin Limited Edition


Alhamdulillah pada MAHA International 2010 yang lepas Qarrea Choc Product di beri kebenaran oleh Les' Copaque Production Sdn. Bhd. untuk mengeluarkan coklat edisi terhad atas jenama Upin & Ipin. terdapat 3 jenis coklat yang dikeluarkan
1) Coklat Susu
2) Cereal & Raisin
3) Choc Fudge

tempahan dibuka sementara stok masih ada. lanjutan pengeluaran coklat berkenaan akan diberitahu kelak.

Thursday, January 6, 2011

Qarrea Choc Product @ Harian Metro 6 Januari 2011


Salam kepada semua yang ingin menjadi ejen pembekal bagi coklat kami. daripada artikel akhbar harian metro yang telah dinyatakan oleh pengarah urusan kami tentang menjadi ejen pembekal coklat kami dengan bermodalkan RM 200 shj. disini kami ingin menerangkan tentang skim ejen coklat kami, yang mana dengan modal RM 200 anda boleh memulakan perniagaan jualan coklat.

faedah yang anda perolehi dengan RM 200 adalah dimana kami akan membekalkan ejen kami seperti kit permulaan perniagaan coklat kami, yang mana kami memberi produk-produk coklat kami seperti coklat bar, lolychoc chocolate dan chocolate praline. dengan bekalan produk coklat kami ini ejen boleh memulakakan pernigaan coklat secara kecil. Jualan setiap produk akan diberikan komisen terus.

untuk keterangan lanjut tentang ejen pembekal coklat Qarrea, anda boleh la menghubungi Pengarah Urusan kami En. Isma'il Shukri di talian 012-3618269