Sunday, May 26, 2013

Koko & Coklat


Segelintir orang masih keliru diantara koko dan coklat. Ada juga antara mereka membayangkan bahawa coklat tumbuh pada pokok. Ada juga antara mereka selalu ingat yang koko itu coklat dan coklat itu koko. Ya memang kedua-duanya saling berkait cuma bezanya koko itu sejenis pokok yang mana ia adalah bahan asas dalam membuat coklat. Koko adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama sainstifiknya "Theobroma Cacao" yang membawa maksud makanan dewa (Food of God). Pokoknya menghasilkan buah dan biji buah koko itu digunakan dalam menghasilkan coklat dan juga minuman koko.

Pokok Koko
 


 Buah Koko/ Pod koko


 Biji Koko


daripada gambar diatas anda boleh lihat perbezaan koko dan coklat. Pokok koko berasal daripada Amerika Tengah dan sebahagian Amerika selatan. Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. isi putih juga boleh dimakan dan menghasilkan air. rasa isi putih koko adalah masam-manis rasanya seakan buah durian belanda. 

Koko ditemui oleh kaum Maya dan Aztec di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztec pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.

Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Biji koko biasa digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, sepertiYucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.

Masyarakat Aztec telah mencampurkan biji koko dengan air, cili, tepung jagung dan juga rempah untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat. Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.


Xocolatl


Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. DiMalaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.


Setakat disini dahulu saya kongsikan bersama topik mengenai koko dan coklat, kami berharap tiada lagi kekeliruan berlaku tentang koko dan coklat. kami akan sambung lagi topik berkenaan dengan coklat pada masa akan datang.

JOM LIKE dan share

Kepakaran kami adalah pencetus kegembiraan kepada ramai orang dengan membantu anda menyelesaikan masalah pencarian cenderahati coklat untuk hari istemewa anda.

untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi kami ditalian +012-365 8269 atau lawati facebook kamiwww.facebook.com/tributechocolates